Friday, May 22, 2009
Alhamdulillah...
Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry
Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.
Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan
asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua
pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima
rayuan Zambry.
Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim
mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan
dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry
apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.
Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah
Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.
Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai
oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham
mewakili Zambry.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah
- turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun,
Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi
pemerhati bagi pihak BN.
Gembira dengan keputusan tersebut di Slim River,
Zambry menyifatkannya "kebenaran telah tiba."
Manakala sekumpulan 200 orang di luar mahkamah,
kedengaran melaungkan rasa tidak puashati mereka
terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.
Awekz: Alhamdulillah dengan keputusan yang telah dibuat,
kita semua seharusnya terus bekerja dan menjalankan
amanah yang telah diberikan...puak-puak Pr mesti
kata Mahkamah di bawah pengaruh BN dan UMNO...
Ternyata keputusan Sultan Perak adalah berlunaskan
undang-undang...
Tahniah Datuk Seri Dr Zambry!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tahniah dato..we know u can make wonders..teruskan khidmat...utk rakyat...
adakah zambry pilihan rakyat perak?besor persoalan tu...
Post a Comment