Saturday, December 22, 2012
All the best to Perak! Go Perak Go!!!
All the best to team Perak malam ni untuk final Piala Emas Raja - Raja 2012 - edisi ke 72. Kalau tak salah Awekz dah 22 tahun berlalu Perak pernah menjulang piala tersebut. Apa lagi kawan - kawan Jom kita support team Perak malam ni.
Awekz: Excited nak ke stadium dan memberikan sokongan kepada team Perak malam ni!!! Go Perak Go!!!
Thursday, December 20, 2012
Benarkah Ngar Kor Ming KERASUKAN di Sidang DUN Perak?
'Geli'hati pula Awekz tengok si Ngar Kor Ming apabila terang-terangan marah bila dikatakan terlibat dalam SKANDAL Tanah 10,526 ekar sebagai KORBAN untuk jadi MB Perak ~ Betul ker???. Kalau bila menyalahkan atau memfitnah wakil kerajaan, tak ada pula pikir betul atau tidak! Bijak berkata-kata bukan???
Yang pasti, buat si Ngar Kor Ming kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau tak buat, apa nak takut, apa nak meroyan atau kerasukan. Buktikan!!!
Awekz: Credit to Perak Today dan Bro Parpukari untuk rakaman di atas.
Wednesday, December 19, 2012
Ngar Kor Ming dan Sekupang Dua BERDAMAI???
Ngar Kor Ming dan Sekupang Dua berdamai??? atau Ngar KM meroyan??? Betul ker apa yang Awekz dengar ni... Congrats Bro Sekupang Dua kerana sekali lagi berani tampil dengan pengakuan serta menafikan segala PEMBOHONGAN si Nga di Sidang DUN Perak semalam. Panas hati juga Awekz dengar kenyataan si Nga apabila mengatakan kekanda Awekz di alam maya ni, telah mengaku bersalah, memfitnah dan meminta maaf serta dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.
Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, semua kenyataan yang telah dibuat oleh Nga KM semalam adalah tidak benar sama sekali. Ikuti penjelasan yang terperinci di TEMAN TAK PERNAH MENGAKU MEMFITNAH, MENGAKU BERSALAH ATAU DI JATUH HUKUM MAKAMAH
Awekz: Teruskan perjuangan Bro Sekupang Dua. Berani kerana benar, takut kerana salah. Insya Allah, Allah bersama-sama dengan perjuangan yang benar.
Tuesday, December 18, 2012
Tanah 10,526 ekar sebagai KORBAN untuk jadi MB Perak ~ Betul ker???
Terkejut Awekz membaca rentetan perjalanan alkisahnya, bagaimana Nizar Royan dipersetujui dilantik sebagai MB Perak. Congrats to bro Pisau.net diatas pendedahan yang memang TERBAEKKK la bagi Awekz.
Diceritakan, alkisahnya sebuah syarikat iaitu Upadaya Plantation Sdn Bhd yang hanya ditubuhkan setelah Nizar Royan dilantik menjadi MB Perak pada tarikh lahirnya yang ke 51 pada 51 Mac 2008. Lebih 'da bomb' bila Ngeh dan Nga merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi syarikat tersebut.
Didedahkan, syarikat Upadaya Plantation Sdn Bhd yang mungkin bagi Awekz tak berapa nak upaya, telah diberikan tanah seluas 10, 526 ekar yang dianggarkan bernilai RM30 juta. Amat menggemparkan apabila tanah yang bernilai RM30 juta itu terletak di Relai, Daerah Ciku di Gua Musang, KELANTAN.
Patutlah Lim Kit Siang yang pada mulanya bermati-matian tidak mahu menyerahkan jawatan MB Perak itu kepada PAS akhirnya bersetuju bersama-sama dengan Ngeh, Nga dan CEC DAP Pusat tak sampai dalam tempoh 24 jam. Tahniah pada Tok Nik Aziz kerana tanpa bantuan Tok, belum tentu Nizar Royan dan seterusnya PAS Perak dapat di'boneka'kan oleh DAP.
Untuk cerita yang lebih detail boleh lawat Hot! TANAH 10,526 EKAR SEBAGAI SYARAT NIZAR JADI MENTERI BESAR PERAK ADALAH BENAR.
Monday, December 17, 2012
Melayu 'MENANG' besar dalam CEC DAP...Tahniah!!!
Kemenangan 'Melayu' Diraikan. Congrats Melayu2 DAP
Wah...sana sini agak kecoh dengan keputusan pemilihan CEC di Kongres DAP yang ke-16 baru-baru ni. Apa yang lebih 'mengejut'kan golongan Melayu yang dikatakan diterima baik oleh ahli-ahli DAP terang-terangan DITOLAK! Tak tau la Awekz sama ada, dah sedar atau tidak mereka ini. Mungkin ada penjelasan lebih baik akibat kekalahan kesemua calon Melayu di dalam pemilihan CEC tersebut.
Sudah terang lagi bersuluh, kaum Cina di dalam DAP bukan mudah untuk menerima Melayu. Zairil Khir Johari yang merupakan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga DITOLAK!!! Hairan Awekz, kenapa senario ini masih tidak dapat dilihat oleh penyokong-penyokong Perosak Rakyat, terutama ahli-ahli PAS dan ahli Melayu PKR. Jangan tertipu kawan, bukan mudah sebuah penyatuan andai sekadar di mulut tapi bukan pada perlakuan dan perbuatan.
Dibawah keputusan semua calon Melayu bagi pemilihan CEC tesebut.
1. Ariffin Omar - 348
2. Ahmad Ton - 347
3. Zairl Khir Johari - 305
4. Zulkifli Mohd Noor - 216
5. Tengku Zulpuri Shah - 121
6. Sulaiman Syed Ibrahim - 98
7. Roseli Abdul Ghani - 39
8. Harun Bin Ahmad - 28
Awekz: Cakap banyak pun tak guna, based on the result above...agak-agak memang Melayu diterima ke? Fikir-fikirkanlah...
Tuesday, December 11, 2012
Lagi bukti Penipu Rakyat (PR) menipu rakyat...
1. Kerajaan Pusat Mempunyai Anggota Di Setiap Negeri Dgn Pengarah Jabatan Yg Lazimnya Berrpusat Di Wisma Persekutuan.
02. Gaji Anggota Kerajaan Pusat Di Tanggung Sepenuhnya Oleh Kerajaan Malaysia.
03. Ini Bermakna Menteri Besar & Ketua Menteri Dapat Additional Resources Selain Dari Anggota Penjawat Awam Yg Di Bayar Gaji Oleh Kerajaan Negeri.
04. Kreativiti MB/KM Dlm Mengguna-Pakai Resources Ini Menjadikan Faktor Utama Dlm Memajukan Negeri Yg Di Perintah, Selain Resources Lain Yg Menjadi Asas Pembangunan Sesebuah Negeri & Kemajuan Negara.
05. Umum Tahu Akan Desakan Kerajaan Negeri Kelantan Yg Mahukan Wang Royalti Minyak Dari Petronas Melalui Kerajaan Pusat. Pegawai Kerajaan Pusat Yg Berkhidmat Di Negeri Kelantan Seperti YBhg Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YBhg Penasihat Undang Undang Negeri, YBhg Pegawai Kewangan Negeri Kelantan SUDAH TENTU Telah Memberi Nasihat & Pandangan Dlm Isu Tuntutan Royalti Minyak.
06. Alasan Utama Ialah Untuk Kemajuan Negeri Kelantan Yg Mundur Hampir 20 Tahun Di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Yg Di Tadbir PAS.
07. Melaka Tidak Mempunyai Hasil Mahsul Minyak, Balak, Pasir, Bijih & Emas Seperti Kelantan, Namun Melaka Mampu Menjadi Negeri Maju Seperti Yg Di Iktiraf Oleh OECD & MAMPU.
08. Mana Pergi Hasil Mahsul Balak, Pasir, Bijih & Emas Kelantan? Tidakkah Rakyat Kelantan Mahukan Ketelusan Dlm Urus Tadbir Resources Ini?
09. Kenapa Tidak Di Tuntut Royalti Ini Dari Kerajaan PAS Kelantan?
10. Umum Juga Tahu Kes Mahkamah Di Mana Datuk Husam Musa & YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat Terlibat Dalam Merasuah/Mengupah Blogger KICKDEFELLA Utk Menjatuhkan Maruah & Nama Baik Tun Abdullah Ketika Beliau Menjadi PM.
11. Umum Juga Tahu PAS & YAB Datuk Nik Aziz Serta Dewan Ulamak PAS TIDAK MEMBANTAH Malah Menyokong & Bersetuju Dgn Cara Datuk Seri Anwar Ibrahim Cuba/MERASUAH Ahli Parlimen BN Utk Lompat Parti Supaya Agenda 16 Sep 2008 Tercapai.
12. Umum Juga Tahu Kini Laungan Negara Islam, Hukum Hudud & Membangun Bersama Islam Tidak Lagi Menjadi Inti Pati Perjuangan PAS.
13. Pemimpin PAS Sudah Korup & Parti PAS Itu Sendiri Sudah Korup Dgn Pelbagai Isu Yg Melibatkan Tanah Hingga Isteri MB Juga Di Beri Tanah Percuma, Wang Koperasi KOHILAL, Tabung Memali & Royalti Pasir, Bijih, Emas & Balak Kelantan.
14. Mungkin Pada Pengundi Kelantan, Lebih Baik Mengundi PAS Dari BN/UMNO Yg Korup.
15. UMNO Itu Kafir, Gamaknya Kata PAS!! Kalau Kafir Korup Tak Apa, Macam DAP!!
16. PAS Itu Islam, Dan Undi PAS Masuk Syurga, PAS Yg Korup Masuk Syurga?
Awekz: fikir-fikirkanlah...
Tuesday, November 6, 2012
Congrats Pemuda BN!
Untuk rakan - rakan yang sedang mencari peluang pekerjaan terutama untuk anak - anak Perak, apa lagi JOM kita beramai - ramai hadir ke PERAK AMANJAYA JOB and CAREER FAIR 2012 yang akan diadakan pada 10 & 11 November 2012 bertempat di DATARAN MBI IPOH dari jam 9.00 pagi hingga ke 6.00 petang. Kehadiran anda semua amatlah dihargai.
Awekz: Congrats pada Kepimpinan Pemuda BN Pusat dan Perak khususnya bagi program yang akan diadakan ini. Semoga dengan adanya program ini, kadar pengangguran dapat dikurangkan di Perak. Terima kasih Pemuda BN!
Monday, October 29, 2012
Info 'Leaking' dari Bilik Perang UMNO Perak???
Benarkah apa yang Awekz dengar ni? Info dari bilik perang UMNO Perak 'leaking'? Sejauh mana kebenarannya Awekz sendiri tidak pasti tapi menurut Media Perak. Net itulah yang terjadi. Dengan confident nya berkata demikian sedangkan kesahihannya tidak dapat dipastikan. Diberitakan lagi, MB Perak, YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir akan digugurkan dari menjadi MB dan penggantinya akan ditentukan nanti. Andai benar seperti yang diperkatakan, sila tunjukkan bukti? Sumber dan bukti sahih yang mengatakan maklumat anda dari bilik perang UMNO itu sendiri!
Bukan sahaja Perak, begitu juga Melaka, Terengganu dan Johor negeri yang turut dikaitkan dengan pertukaran Ketua Menteri dan Menteri Besar masing-masing. Jelas bagi Awekz ini hanyalah strategi puak-puak Perosak Rakyat dalam melaga-lagakan kepimpinan UMNO di negeri-negeri yang jelas kepimpinan mereka diterima rakyat.
Alahai puak-puak Perosak Rakyat, sudah-sudahlah memburukkan imej Kerajaan kini yang Awekz lihat, jelas mendapat sokongan dari rakyat semula. Salah kah, yang baik dipuji dan yang buruk ditegur, bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya untuk rakyat sendiri.
Wednesday, October 24, 2012
PAS + DAP + PKR = MELETUP!!!
Mampukah Perosak Rakyat menjadi alternatif kepada Barisan Nasional? Sejak akhir-akhir ini makin terserlah kepincangan di dalam 'ikatan' mereka. Lihat saja di Selangor, krisis air yang semakin meruncing, begitu juga di Kelantan masih lagi berkisar masalah air. Siapa yang harus dipersalahkan? BN kah atau Perosak Rakyat itu sendiri.
PAS dilihat sudah hilang dari perjuangan asal mereka. Slogan 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negara Kebajikan' hanyalah sebagai pemanis mulut untuk peyokong tegar mereka yang nyata tidak menyedari akan hakikat perjuangan PAS kini. PKR pula, seperti yang diketahui umum hanyalah sebuah parti yang memperjuangkan agenda Penasihat mereka dalam mencapai impian untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia! Jangan dilupa DAP yang chauvinis serta tidak pernah akan menerima Islam sebagai dasar pemerintahan negeri apatah lagi sebuah negara!
Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi. Tepuk dada tanya selera!
Awekz: Yang indah tidak semestinya baik untuk semua, begitu juga yang buruk tidak semestinya tidak baik untuk semua. Apa yang perlu untuk kita menilai sejauh mana kebaikan atau keburukan itu mempengaruhi kita, bukan sahaja di masa lalu, kini sebaliknya juga untuk masa depan. Fikir-fikirkan!!!
Wednesday, October 17, 2012
YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir ~ BERKHIDMAT dan TERUS BERKHIDMAT!
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Congrats YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir. Apa yang dapat Awekz katakan, jelas memperlihatkan kematangan beliau dalam berdepan setiap cabaran dan dugaan selaku MB Perak. 'SAYA AKAN TERUS BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT' kata beliau ketika diminta mengulas provokasi terkini terhadap dirinya.
Ekoran kejadian terbaru di Manjung, poster YAB DS Dr. Zambry di 3 lokasi yang berbeza telah disimbah cat merah dipercayai hasil kerja tangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Awekz rasa, mungkin kerana tidak tahan melihatkan kejayaan MB Perak serta barisan kepimpinan yang lain dalam mentadbir Perak.
Tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, walaupun terdapat tulisan Cina di poster yang telah dirosakkan, beliau berpendapat mungkin ada pihak yang mahu mencetuskan perasaan marah dikalangan rakyat, jelas sentimen perkauman mahu diwujudkan. Beliau juga berkata kejadian seperti itu pernah berlaku di Bagan Serai dan Kuala Kangsar dan ia memberikan kekuatan kepada beliau untuk terus bekerja keras memaju dan membela rakyat Perak.
Awekz: Kepada setiap pemimpin, teruskan berjuang dan berkhidmat untuk rakyat kerana rakyat kini sudah makin bijak menilai dan seharusnya dapat memilih yang terbaik. Apa yang penting, keikhlasan dalam setiap perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair. Kemenangan pasti milik kita!
Tuesday, October 16, 2012
Berani kerana Benar, Takut kerana Salah. Congrats PERKASA!!!
Congrats kepada PERKASA kerana berusaha untuk menegakkan kebenaran, mengambil tindakan yang sewajarnya. Bukan apa, jangan dilihat kita hanya pandai berbicara tanpa sebarang tindakan atau hukuman diambil.
Satu memorandum telah diserahkan kepada Ketua Penolong Kanan Penguasa SPRM Perak, Lina Harlina Mohd Halim di Pejabat SPRM Meru Raya agar dapat memaklumkan siasatan terhadap aduan atau laporan rasuah yang telah dibuat sebelum ini. Memorandum tersebut telah diserahkan oleh Saudara Irwan Fahmi, Ketua Wira Perkasa Malaysia. Bercakap kepada media selapas penyerahan memorandum itu, "PERKASA berharap SPRM dapat mengumumkan segera hasil siasatan berhubung kes tersebut kerana sudah mengambil masa lebih setahun".
Awekz: Berani kerana benar, takut kerana salah! bukan saja PERKASA malahan PEMUDA UMNO juga seharusnya mengambil pendekatan sebegini...
Monday, October 15, 2012
TIBAI terbaek!!!
Terbaek!!! Itu yang dapat Awekz simpulkan dengan program TIBAI yang diadakan di Dewan Ahmad Said, Sg. Rokam, Ipoh malam tadi. Kehadiran rakyat setempat amatlah diluar jangkaan sehingga bilangan kerusi ditambah lagi untuk memenuhi permintaan semalam.
Yang pasti, dengan sambutan yang menggalakkan malam semalam rakyat sudah pasti dapat menilai yang mana benar dan yang mana tidak. Lebih baik lagi apabila program TIBAI ini dibuat dengan lebih banyak lagi agar Melayu khususnya sedar apa yang telah, sedang dan bakal berlaku!!!
Ikuti kupasan program TIBAI semalam di blog adik-adik seperjuangan Awekz ~TIBAI:LINTAS LANGSUNG DARI DEWAN AHMAD SAID~ dan Laporan liputan Rapat Umum TIBAI di Ipoh, Perak.
Sejurus selapas program TIBAI semalam:
Awekz: Hanya rakyat yang bijak menilai tahu yang mana benar dan yang mana tidak. Sedarlah wahai anak bangsaku, jangan digadai kemerdekaan yang telah sekian lama dinikmati dan yang telah diperjuangkan ini. Fikir-fikirkan...
Tak cukup-cukup lagi ke Abby?
Apa nak jadi dengan Abby Abadi ni ya, dulu masa dalam kumpulan Elite...dia yang paling Awekz minat. Kini Abby Abadi yang Awekz minat sudah tidak seperti dulu. Berubah atau dengan kata lain, berhijrah katanya. Tak salah untuk berubah, tapi apabila perubahan itu yang kita katakan baik, ke jalan Allah kini Awekz lihat bermotifkan politik serta memburuk-burukkan orang lain, bukankah tidak baik jadinya???
Berubah ke arah yang lebih baik, tak perlu ditunjuk berlebih-lebihan kiranya. Cukuplah jika kita tahu apa yang buruk atau yang tidak baik yang kita lakukan semasa jahil dahulu namun untuk terlalu mendedahkannya, Awekz rasa seperti membuka pekung di dada.
Di bawah Awekz 'share' dengan kawan-kawan Abby Abadi kini setelah "berhijrah" menjadi seorang yang lebih baik dan mulia...Fikir-fikirkan, wajarkah tindakannya?
Awekz: Tak salah nak kongsi pengalaman mungkin tidak perlu lah berlebihan kerana yang berlebihan itu kadangkala membawa kepada keburukan. Fikir-fikirkan...
Wednesday, July 11, 2012
66 vs 90 ~ ISLAM DIMATA DAP
Islamkah PAS
dan PKR apabila secara terang-terangan telah dipergunakan oleh DAP? Terkini, umum mengetahui pembahagian kerusi untuk PRU-13 nanti sekali lagi membuktikan DAP
MENYANJUNG TINGGI KEPIMPINAN MELAYU ISLAM! Sudah terang lagi bersuluh apabila,
untuk 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan nanti, DAP lebih dominan dengan
90 kerusi manakala PAS dan PKR masing- masing dengan 66 kerusi.
Adilkah
pembahagian kuota ini? Mampukah PAS dan PKR terus berjuang di atas nama Melayu
dan Islam di Malaysia atau akan lebih Islamkah kita nanti apabila DAP berkuasa
seterusnya memerintah Malaysia?
Dimana suara
kepimpinan PAS dan PKR apabila pembahagian ini dilakukan, hanya mengangguk tanda
setuju, berpuas hati dengan bilangan yang diberikan walaupun jelas menunjukkan
KETIDAKADILAN!!!
Sedih
melihatkan pemimpin-pemimpin dikalangan PAS dan PKR yang selama ini begitu
lantang bersuara kononnya memperjuangkan hak Melayu dan Islam akhirnya membisu
seribu bahasa tanpa mampu berbuat apa. Jelas pembahagian yang dibuat ini hanya diAMINKAN oleh PAS dan PKR....
Ambo Tak Tahu ~ Achaner tu Pok Nik?
Seperti sudah menjadi kebiasaan, apa saja persoalan yang diajukan lebih-lebih lagi yang menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan Kelantan akan dijawab dengan "Ambo Tak Tahu". Namun, dalam tidak tahu itu juga, Pok Nik dengan angkuhnya berkata "Kita sedia disiasat dan saya berikan 25 jam ruang waktu untuk mereka siasat walaupun kita ada 24 jam tapi saya bagi 25 jam".
Mampukah penyelewengan dalam KGT terus-terusan dikaburkan dengan penafian dari Pok Nik? Penyelewengan yang berlaku di dalam KGT ini jelas membuktikan Pok Nik gagal mentadbir. Andai organisasi yang sebegini gagal untuk ditadbir, bagaimana pula dengan pentadbiran negeri itu sendiri? ACHANER TU POK NIK?
Wednesday, June 27, 2012
PAS dan PKR dimadukan DAP???
Sejak PAS berkahwin dengan DAP bermadu pula dengan PKR semakin hari dapat dilihat mereka sudah seperti parti Chauvinis Cina tersebut. Baik dari segi perwatakan, sikap, prinsip juga dasar parti Islam yang dibawa mereka sendiri.
Dapat dilihat PAS sudah hilang arah, apatah lagi dalam mempertahankan hak orang Melayu dan lebih buruk lagi apabila mereka tersasar dari perjuangan sebenar mereka, manakala DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu. Sebagai contoh, kini DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.
Selain itu, DAP turut merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil namun hakikatnya projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula disapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.
Oleh kerana gula-gula yang diberikan ini, PAS dilihat menyanjung tinggi DAP dimana pada suatu ketika dulu pernah dilabel sebagai dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu. Setelah disatukan, apa saja yang dilakukan DAP bertukar menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa. Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.
Lupakah kita dengan kebidapan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor? Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009?
Harus diingat ia hanyalah sebahagian dari bukti yang menunjukkan bahawa PAS sudah tersasar jauh dari landasan. PAS sudah menolak hak ekslusif Melayu di Tanah Melayu itu sendiri, PAS tidak menghormati Institusi Diraja malahan PAS kini memperjuangkan 'negara berkebajikan'!!!
Awekz: Apabila matlamat asal telah dikorbankan, apabila bangsa sendiri dipinggirkan apakah perlu PAS diperjuangkan...Hanya kerana matlamat DAP, PAS akhirnya terkorban... Fikir-fikirkan...
Tuesday, June 12, 2012
'WINNABLE' candidate...
Awekz terpanggil untuk menyuarakan pendapat tentang konsep 'winnable candidate' atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami, 'calon boleh menang'. Dikhabarkan, rakyat mengalu-alukan formula baru pembahagian kerusi berdasarkan konsep ‘calon boleh menang’ dan bukannya populariti parti sepertimana yang diumumkan oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin.
Sebagai contoh, “…kalau di Parlimen Batu kita lihat (Pengerusi Parti Progresif Penduduk Wilayah Persekutuan) Datuk A. Chandrakumanan boleh menang, maka kita letakkan menggantikan Gerakan,…”
Persoalannya, sejauh mana formula baru ini dapat memastikan bahawa penyokong BN tidak berada dalam dilema ketika membuang undi, apatah lagi atas alasan tidak suka dengan calon yang diletakkan. Mampukah BN menarik golongan atas pagar kerana golongan ini sering mengundi berdasarkan calon dan bukan parti. Adakah kemungkinan, penyokong pembangkang akan memberi undi kepada BN atas faktor calon yang tepat dan diterima baik oleh masyarakat setempat.
Apakah parti komponen akan dapat menerima formula baru ini? Atau mungkinkah akan ada lebih banyak sabotaj dan boikot terhadap calon yang dinamakan. Bagaimana pula penerimaan wakil rakyat yang mungkin tidak dicalonkan selepas ini? Logiknya, sekiranya wakil rakyat tersebut telah berkhidmat dengan baik dan disukai oleh penduduk setempat. Maka sewajarnyalah juga beliau akan dicalonkan kembali.
Andai tidak dicalonkan, siapa yang perlu dipersalahkan, parti atau kepimpinan? Tepuk dada tanya diri, dan seharusnya tiada lagi istilah merajuk, mensabotaj serta memboikot PRU kerana sudah jelas anda hanya bermotifkan peribadi dan bukannya masyarakat.
Yang jelas, PRU di zaman transformasi ini tidak boleh lagi dianggap seperti PRU-PRU sebelum ini. Pemikiran rakyat sudah maju, sikap rakyat sudah berubah. Rakyat mampu memperolehi maklumat mengenai pemimpin dan isu-isu tertentu melalui hujung jari sahaja. Pemimpin boleh berpura-pura baik, boleh memanipulasi maklumat dan boleh menipu mengenai sesuatu isu tetapi beliau tidak boleh menipu sesiapa kecuali dirinya sendiri.
Awekz: Tercalon atau tidak, apa yang lebih penting untuk kejayaan BN di dalam PRU-13 kelak kerana masa depan kita terletak dihadapan. Janganlah diperjudi dan dipertaruhkan masa depan itu semata-mata kerana hajat peribadi tidak tercapai. Fikir-fikirkan...
Friday, June 8, 2012
Jom Kawan-Kawan
CERAMAH ISU-ISU SEMASA ~ 8 Jun 2012 (9 malam)
KAMPAR
Penceramah:
1. Prof Ustaz Mohd Noor B. Deris (Bekas J/Kuasa Dewan Ulama PAS)
2. Sdr Hanafiah Man (Bekas Ketua Penerangan PKR)
3. YB Dato' Khusairi Talib (Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak)
Tempat: Perkarangan rumah Sdr. Zamzuri Isa (Atak)
Kg. Baru (M), Air Kuning, Kampar, Perak
LARUT
Penceramah:
1. Sdr. Shaharuddin Abd Rasyid (Penceramah UMNO Perak)
Tempat: FELDA IJOK, DUN Kubu Gajah
BAGAN SERAI
Penceramah:
1. AF Ustaz Hasbullah Elias
Tempat: Dewan Syukri, Kubu Gajah
BPUNPk menjemput semua untuk hadir beramai-ramai bagi menjayakan siri ceramah yang dinyatakan. Sekian, terima kasih.
Awekz: Sekadar berkongsi maklumat, apa lagi kawan-kawan JOM!
Monday, May 28, 2012
Nik Aziz mahu PM Bukan Melayu???
Kalau minggu lepas Awekz bercerita tentang pengganti Nizar Royan, hari ni nak bercakap pula soal PM. Selama ini, PM kita adalah seorang Melayu yang beragama Islam dan sudah pasti semua tahu dengan hakikat itu. Tapi kini, senario yang berlaku berbeza. Sudah terdengar ada yang mahukan PM bukan Melayu malah Nik Aziz yang merupakan pemimpin seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam seperti sudah merestui PM bukan Melayu...
Ingatkah kita, suatu ketika dulu pemimpin utama DAP, Karpal Singh pernah mencabar PAS supaya melangkah mayatnya dahulu sekiranya PAS masih berkeras untuk meneruskan hasratnya untuk menubuhkan negara Islam??? Kini, setelah hampir 20 tahun, PAS akhirnya membatalkan hasrat untuk mendirikan negara Islam dengan alasan dalam Al-Quran tiada disebut negara Islam. Tanpa perlu melangkah mayat Karpal Singh akhirnya PAS tewas dan DAP bertepuk tangan gembira teruja.
Lalu, terbiar begitu sahajalah negara Islam, 'hukum hudud' yang hendak diperjuangkan, begitu juga dengan isu Kalimah Allah yang dipermainkan serta hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera yang sering dipersoalkan. Kerana apa terbiar??? Bukan kerana apa, sebaliknya lebih kepada kesamarataan dan keadilan. Lebih parah, kini Karpal Singh sekali lagi buka mulut meluahkan hasratnya yang mahu mengangkat seorang Bukan Melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kata Karpal Singh, "Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini".
Respon Nik Aziz pula seumpama melepaskan batuk di tangga, rasanya tidak salah untuk kita beranggapan yang Nik Aziz sebenarnya seperti merestui kenyataan Karpal Singh yang mahu jawatan Perdana Menteri dikuasai oleh bukan Melayu. Harus diingat, untuk menguasai pemerintahan negara secara majoriti mudah, pembangkang hanya memerlukan 112 kerusi daripada keseluruhan 222 jumlah kerusi Parlimen. Sekiranya 40 kerusi parlimen pembangkang itu milik DAP dibantu dengan sokongan 20 lagi ahli parlimen PKR bukan Melayu, tentu saja impian DAP mudah tercapai.
Awekz: Tak dapat nak bayangkan andai hasrat PM bukan Melayu ini tercapai...Mohon dijauhkan dari kenyataan kerana Awekz sayangkan keamanan yang dah lama dikecapi dan tak sanggup rasanya bila Tanah Melayu, Malaysia tanahair tercinta ini akhirnya diterajui oleh Bukan Melayu. Anda mahu??? Ingat kah anda pada impian DAP jika menang pilihanraya??? Fikir-fikirkan...
Thursday, May 24, 2012
Fauzi Shaari Bakal Ganti Nizar Royan???
Dua tiga hari ini, nama Fauzi Shaari meniti dibibir orang ramai apatah lagi dikalangan penyokong PAS terutama di Perak apatah lagi setelah disebut-disebut bakal menggantikan Nizar Royan. Umum juga mungkin sudah mengetahui, Fauzi Shaari ataupun lebih dikenali sebagai bekas Pengarah Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari...
Apa Motif Fauzi Shaari Menyertai PAS? Mampukah penyertaan beliau di dalam PAS sedikit sebanyak memperbaiki imej BURUK polis dimata penyokong tegar Perosak Rakyat. Sudah pasti, hak peribadi sesiapa sahaja untuk memberi sokongan serta menyertai mana-mana parti yang dirasakan tepat untuk dirinya. Namun yang menjadi persoalan kepada Awekz, jika benar sekalipun PAS pilihan terbaik baginya,
janganlah bagi kenyataan kononnya kemasukannya ke dalam PAS setelah yakin yang dirinya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah. Apakah dia bermaksud semua pegawai polis yang masih berkhidmat dan telah bersara tapi tidak menyertai PAS, terlibat dengan kegiatan jenayah?
Secara rasminya, Fauzi baru 3 hari menjadi ahli PAS, boleh dikatakan sumbangannya terhadap parti itu masih belum ada lagi. Tapi satu yang pasti, ‘sumbangan’ PAS terhadap Fauzi semasa mengecam dalam banyak kes-kes jenayah yang melibatkan PAS, terlalu banyak untuk dijelaskan dalam ruang yang agak terhad ini.
Harus diingat, PAS adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan untuk menang pilihanraya dan menubuhkan kerajaan, tidak ada yang berkurang dari itu. Malah dalam menjayakan cita-cita politiknya, PAS sanggup mengorbankan Islam seperti ketika menggugurkan negara Islam dari perjuangan PAS dan cadangan menggantikan Islam dalam perlembagaan kepada Addin.
Mampukah Fauzi Shaari mengubah pandangan negatif penyokong tegar Perosak Rakyat kepada sesuatu yang positif? Adakah Fauzi Shaari benar-benar merasakan PAS merupakan parti yang mampu mendokong agama Islam walapun jelas membuktikan mereka menolak perpaduan ummah! atau mungkinkah penyertaan Fauzi Shaari lebih bermotifkan kepentingan peribadi seperti mana ramai artis-artis yang sudah tidak popular mencuba untuk meraih populariti dengan cara yang lain pula...
Awekz: Tiba-tiba teringat si Aishah yang dah tak berapa nak popular yang dah join PAS, teringat pula si Dayangku Intan yang juga menyertai dan memberikan sokongan kepada PKR...Alahai amat menyedihkan dan banyak lagi nama lain yang boleh disebut, tapi cukuplah...Amat menyedihkan!!! Fikir-fikirkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)