skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Thursday, March 31, 2011

Poco - Poco Diharamkan Di Perak???


Akhirnya, teka - teki berkenaan pengharaman tarian poco - poco yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak terjawab sudah. YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir mengumumkan Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan tersebut. 
Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya. Dr Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.
Tan Sri Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.
Awekz: Diharapkan semua pihak yang mengamalkan tarian poco-poco ni tidak bertindak mengikut emosi...FIKIR-FIKIRKAN!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:22 PM 3 comments

Wednesday, March 30, 2011

Kata - Kata Profesor Ungku Aziz...

Di Facebook seorang teman lantas tertarik dengan ayat-ayat yang tertulis...


Awekz: Ada benarnya juga kata - kata Ungku Aziz seperti di atas...FIKIR-FIKIRKAN!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:04 PM 2 comments

Benarkah Pengarah SPRM Perak Terima Sogokan Dari Pas???

Dah agak lama Awekz tak berkesempatan nak melawat blog kawan-kawan akibat kekangan tugas. Pagi ni, tergerak hati untuk melawat blog kawan-kawan dan terlintas satu artikel yang menarik perhatian Awekz...Benarkah seperti yang ditulis???

Dari Blog RBF

Pengarah SPRM Perak Terima Sogokan Dari Pemuda Pas ?




Kata orang sekeping gambar boleh membawa beribu makna. Kalau dua keping gambar agak-agaknya boleh bawa berapa juta punya makna ?

Bagi saya pula dua keping gambar di atas telah menemukan saya jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran saya selama ini.

Sebelum ini saya pernah terdengar bahawa Pengarah SPRM Perak, Puan Hajjah Noraziah adalah orang Pas.

Benarkah ? betulkah ? itulah yang bermain dalam fikiran saya selama ini. Saya cuba juga risik-risik dan bertanya khabar sana sini. Ada yang jawab "tak tahu" dan ada yang kata "saya pun dengar begitu juga".

Tetapi, selepas melihat blog Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, maka saya rasa jawapannya sudah ditemui.

Gambar diatas menunjukkan Pemuda Pas Perak mengadakan kunjungan hormat ke atas Puan Hajjah Noraziah selepas beliau ditugaskan di Perak. Mengikut laporan blog Dewan Pemuda Pas Negeri Perak kunjungan tersebut dilakukan pada 23.Mac.2010 jam 3.30 petang.

Selebihnya di sini ceritanya...

Awekz: Harap - harap ia cuma kunjungan hormat semata-mata dan bukan bermotifkan politik. Almaklumla, dengar-dengar di SPRM tu sendiri dah ramai yang berpihak kepada pembangkang. Kalau kerja sudah dicampur adukkan dengan politik, sudah tentu tidak terurus semuanya. Fikir-Fikirkan!!!


Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:23 AM 5 comments

Tuesday, March 29, 2011

Sudah-Sudahlah!!!



Sharing is caring...Email dari seorang pembaca...Sama-sama kita hayati...
Terbukti hanya insan dangkal sahaja yang akan gagal membuat penilaian antara mana yang betul dan mana yang batil. Pakatan pembangkang yang kononnya dulu bersatu atas nama persefahaman makin tenggelam dengan pelbagai isu. Jika dulu, bolehlah berpakat-pakat untuk bentuk jawapan sama atas sebarang krisis yang berlaku tetapi sampai bila bangkai gajah mahu disembunyikan… dan sekarang yang termampu hanyalah diamkan diri saja.
Itulah pembangkang, dari luar pun sudah terserlah kepincangannya, apatah lagi dari dalam yang lompong tanpa isi. Janji-janji cuma pemanis kata, lakonan wajah tenang sedang jiwa penuh gelora lantaran ghairah pada nafsu haloba untuk kuasa dan harta. Mandat diberi diperguna tanpa amanah dan rasa tanggungjawab sehinggakan tergadai bangsa, dipersenda agama dan janji-janji ibarat ‘pelacuran’ tanpa ada rasa bersalah pun.
Mahukah tindakan rakus yang penuh dengan keangkuhan sedemikian diteruskan sedangkan realitinya telah jelas bahawa antara intan dan kaca mana yang lebih berharga.
Benar, kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyeru kepada satu transformasi semasa mula-mula mendapat mandat menjadi realiti melalui Gagasan 1Malaysia. Rakyat di peringkat akar umbi juga berkesempatan bertemu secara langsung dengan beliau. Kesungguhan beliau untuk turun padang ke semua negeri bukanlah sekadar omong kosong sebagaimana pakatan pembangkang yang telah terbukti tingkahnya.
Sudah-sudahlah. Daripada membuang waktu mendengar caci maki, manipulasi dan pelbagai fitnah dari pembangkang bukankah lebih elok memberikan sokongan untuk sama-sama mengatur melangkah bersama terus membina kecemerlangan bangsa dan melakar kejayaan sama ada dalam negara atau di persada antarabangsa.
Ayuhlah, bangkit bersama menjayakan laungan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
Airika Malek
Awekz: Melayu oh Melayu...Sedarkah kita wahai MELAYU???
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:26 AM 0 comments

Wednesday, March 23, 2011

PRU SARAWAK



SPR sebentar tadi telah menetapkan Penamaan Calon Pilihanraya Sarawak pada 6 April 2011 manakala Hari Pengundian pada 16 April 2011.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 12:40 PM 2 comments

Melayu Oh Melayu...

Sekadar berkongsi nukilan rasa Tun Dr. Mahathir...



1. Saya sedih. Saya amat sedih apabila mendengar seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dianya dilahir berbangsa Melayu.

2. Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.

3. Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang.

4. Jika dianya dilahir dalam masyarakat Orang Asli sekalipun dia tidak dapat lari daripada menjadi anggota suku kaum berkenaan.

5. Sesuatu bangsa itu dikenali dengan tempat tinggalnya, atau tempat dan negara asalnya, bahasanya dan budayanya. Anutan agama tidak selalunya dikaitkan dengan bangsa.


6. Demikian ada orang Arab yang beragama Kristian, walaupun majoriti beragama Islam. Demikian juga orang Cina ada yang beragama Islam walaupun majoriti beragama Buddha.

7. Justeru itu kelahiran seseorang tetap berbangsa walaupun tidak tetap agamanya. Sebaliknya orang yang dilahirkan kepada keluarga Islam tidak semestinya berbangsa tertentu. Majoriti daripada mereka berbangsa yang berlainan.

8. Walaupun demikian dalam dunia ini terdapat dua bangsa yang bangsanya ditentukan oleh agama Islamnya. Bangsa-bangsa ini ialah bangsa Maldives dan Melayu. Seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam.

9. Justeru itu berbahagialah seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu kerana dia tetap menjadi penganut agama Islam. Jika dia dilahir kepada keluarga Arab, atau Indonesia, atau Pakistan, belum tentu dia beragama Islam.

10. Sebab itulah seorang Melayu harus bersyukur kerana dilahir berbangsa Melayu. Apabila orang Melayu berasa dia kecewa kerana berbangsa Melayu, maka ini bermakna dia tidak menghargai nasibnya yang baik kerana dia dilahir sebagai orang Islam. Jika tidak kemungkinan besar dia tidak akan terima agama Islam.

11. Kenapakah kita berbangsa-bangsa? Al-Quran menyebut yang kita manusia terdiri daripada berbagai-bagai bangsa. Jika bangsa adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, tentu sekali Tuhan tidak akan menjadikan manusia berbagai bangsa.

12. Yang terbaik daripada manusia bukankah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa kepada Allah s.w.t. Yang terbaik atau yang terburuk dikalangan orang Melayu bukanlah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa dan mengikuti ajaran Islam atau tidak mengamalkan ajaran Islam. Tidak disebut bahawa yang terbaik ialah orang Islam yang tidak daripada apa-apa bangsa.

13. Justeru itu berbangsa apa pun, Arab atau Ajam, tidak menidak ke-Islamannya. Yang menidak ke-Islaman ialah perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

14. Ini yang harus disoal oleh seorang orang Islam dan bukan menidakkan bangsanya. Lagipun kalau dianya beragama Islam kebaikannya tidak terjamin. Ramai benar orang Islam yang melanggar ajaran Islam dan membuat dosa. Sebaliknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, ramai yang menurut ajaran Islam dan mengelak daripada berbuat dosa.

15. Mentaati dan bersetia kepada bangsa Melayu, iaitu bangsa yang hanya Melayu jika dianya Islam, tidak bermakna menolak agama Islam. Sebaliknya kesetiaan dan ketaatan orang Melayu kepada agama Islam lebih terjamin. Walaupun biasa terdengar ada orang Melayu yang tinggalkan agama Islam, tetapi tidak ada bukti yang jelas berkenaan dengan adanya orang ini. Lagipun jika dia meninggalkan agama Islam dia tidak Melayu lagi. 

Awekz:  Bersyukur dilahirkan sebagai Orang Melayu yang beragama Islam...Alhamdulillah...Fikir-fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 10:03 AM 1 comments

Tuesday, March 22, 2011

Ada Apa Dengan PEKA???


Tahniah buat Kerajaan Negeri Perak, apabila sekali lagi menjadi perintis dan kini bagi sektor pekerjaan. Perak akan mewujudkan Pusat Penjodohan Pekerjaan Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) di mana ia bakal menyediakan 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di Perak sehingga hujung tahun ini.

PEKA selain dari menyediakan selain menyediakan khidmat latihan secara percuma, ia juga mampu mengelak masalah migrasi di kalangan penduduk di Perak. Selain itu juga, PEKA diwujudkan dalam menangkis dakwaan negatif di mana Perak dikatakan tidak mempunyai banyak peluang pekerjaan yang menyebabkan anak muda Perak berhijrah ke tempat lain. 

YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir berkata, dengan kerjasama bersama bakal menyediakan lebih 10,000 peluang pekerjaan menjelang tahun ini. Tidak terhad kepada hanya membantu memadan dan mendapatkan peluang pekerjaan, PEKA juga bertanggungjawab membantu melatih pemohon dalam membuat persediaan seperti menghadiri temuduga atau latihan tambahan yang diperlukan kepada mereka yang ingin bekerja.

Awekz: TAHNIAH diucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak dibawah kepimpinan YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir dan semoga kewujudan PEKA ini membantu anak Perak untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian di samping mengurangkan bilangan pengangguran di Perak sekaligus mengecilkan bilangan kekosongan pekerjaan yang ada di Perak.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:37 PM 0 comments

Monday, March 21, 2011

Rakaman Video Lagi???



Satu Malaysia dah kecoh nampaknyer dengan satu rakaman video aksi ganas yang didedahkan kepada pihak media pagi tadi... Video tersebut didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pihak pembangkang. Susulan dari pendedahan tersebut, beliau didesak agar meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu rakaman tersebut didedahkan kepada umum.

Rakaman itu diberitakan ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi tadi secara bergilir mengikut kumpulan.   Ia juga dikatakan lebih "panas dan jelas" dari rakaman video Dr. Chua Soi Lek yang pernah menggemparkan Malaysia sekitar tahun 2007 dahulu.


Awekz: Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti akan kemunculan rakaman tersebut. Sama-sama kita nantikan pendedahannya!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:37 PM 2 comments

Friday, March 18, 2011

Konvensyen Barisan Nasional Perak 2011





Tahniah buat BN Perak yang akan mengadakan KONVENSYEN BN PERAK di Lumut, pada 19 Mac 2011. Konvensyen akan dirasmikan oleh Pengerusi BN Negeri Perak merangkap Menteri Besar Perak, DS Dr. Zambry Abd Kadir.

Diberitakan, seramai 2,100 ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) Perak akan menyertai Konvensyen BN peringkat negeri yang akan diadakan di Dewan Tan Sri Ramli Ngah Talib, Marina Island Teluk Muroh, Lumut pada esok hari.

Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir akan merasmikan konvensyen itu yang bermula pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

Konvensyen bertujuan memupuk dan mengekalkan satu bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu padu, mengekalkan Islam sebagai agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan dengan tenteram. Selain itu, konvensyen juga adalah sebagai satu usaha dalam memastikan BN terus mantap untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13.

Beberapa tokoh BN seperti bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz; bekas Setiausaha Agung MCA Perak, Datuk Seri Ong Ka Chuan; bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik akan menyampaikan ucapan di konvensyen itu.

Selain Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Harun dan Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Rusnah Kassim turut hadir. Pemimpin parti komponen BN seperti Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Perak, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Pengerusi MIC Perak, Datuk S. Veerasingam.

Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:23 PM 0 comments

Thursday, March 10, 2011

MEMOIR TUN MAHATHIR




Gambar dari blog GAP


Sana sini Awekz dengar tentang buku MEMOIR TUN MAHATHIR ini. Di dalam hati dah berkira-kira nak membeli, sebabnyer kalau nak pinjam dari kawan-kawan nanti lambat pula. Sudah pasti berbaloi-baloi membelinya. Kalau tidak, takkan la sampai MPH sendiri mengaku inilah BUKU PERTAMA dalam sejarah Malaysia yang mana jualan melebihi 5000 naskah pada hari pelancaran. Tahniah TUN sesungguhnya, jasa TUN dari dulu, kini dan selamanya masih menjadi ingatan dan panduan semua. 

Buku yang ditulis oleh TUN ini melihatkan kepada sambutannya, boleh la Awekz katakan sebagai TERHANGAT DI PASARAN pada masa ini...MEMOIR TUN MAHATHIR mempunyai 843 muka surat dan ditulis selama 8 tahun dan Awekz pasti banyak persoalan, isu yang dikupas dengan teliti dan mendalam.

Cakap banyak pun tak guna, apa lagi kawan-kawan, jom kita ramai-ramai beli buku MEMOIR TUN MAHATHIR ini, bukan sahaja dalam Malaysia malahan lebih 300 tempahan dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Brunei, Jerman, Jepun, Indonesia dan Singapura. Seharusnya, kita sebagai rakyat Malaysia turut berbangga!

Tahniah TUN!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 3:31 PM 2 comments

Tuesday, March 8, 2011

TEKANAN RAYA...Istilah baru ker???

Awekz ambil dari blog Bro Taiping Mali...Sesuatu yang Awekz rasa, bagus untuk disebarkan...

Kebiasaannya, kalau Perosak Rakyat menang...BERSORAK TAK INGAT DUNIA!!! Kalau Perosak Rakyat kalah pula, SANA - SINI JAJA CERITA!!!



Awekz: Cakap banyak pun tak guna! Bila kalah TEKANAN RAYA...Bila menang PILIHANRAYA ya!!! Statement BN semua salah, statement Perosak Rakyat BETUL SANGAT KER???
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:32 PM 0 comments

Sunday, March 6, 2011

Kerdau dan Merlimau





Awekz cuma nak mengucapkan Selamat Mengundi kepada semua pengundi yang layak untuk mengundi di kedua-dua DUN Kerdau dan Merlimau hari ini. Tunaikan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada anda semua dalam memastikan masa depan kawasan masing-masing tidak akan terabai dan terus menerima pembangunan.


Buat calon yang bakal berkhidmat di Kerdau dan Merlimau, jika anda terpilih...Jangan lupa untuk berbakti kepada rakyat dan yang paling PENTING harus diingat. Tanpa PENGUNDI anda bukan SESIAPA!!! Fikir-fikirkan!!!

Undilah BN untuk semua!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:47 AM 0 comments

Tuesday, March 1, 2011

PRK KERDAU: USTAZ IBRA FOR ALL!!!


Awekz: Alhamdulillah, Ustaz Ibra Untuk Semua!!! Teruskan usaha agar Kerdau TETAP menjadi milik BN. Buat semua pengundi Kerdau, Ustaz Ibra For All!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:36 PM 0 comments

DAP tipu seluruh Malaysia???




Masih ingat dengan perlantikan Zairil Khir Johari sebagai Setiausaha Politik kepada KM Pulau Pinang baru-baru ini? Jika masih tidak pasti, ikuti beritanya di sini Zairil Khir Johari. Dikhabarkan, perlantikan itu sebenarnya untuk menarik sokongan golongan Melayu kepada kerajaan Pulau Pinang yang sudah semestinya dipimpin oleh si Lim Guan Eng ekoran pelbagai kontroversi yang melanda.


Awekz juga terkjut dengan perlantikan itu apatah lagi dengan asal usul Zairil seperti yang telah diketahui semua. Namun, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Zairil Khir Johari bukanlah seperti yang digambarkan atau diceritakan.


Ikuti kisah Zairil Khir Johari melalui email dari seorang pembaca ini...


Assalamualaikum…
Saya benar-benar rasa cukup terkejut apabila melayari sebuah forum (mykmu.net) yang membongkar betapa liciknya penipuan parti paling rasis di negara ini iaitu Dap yang sanggup melakukan apa jua putar belit untuk membeli jiwa orang Melayu.
Dalam forum tersebut dinyatakan betapa sekali lagi rakyat Malaysia kena tipu dengan Dap.
Saya perturunkan apa yang dibongkarkan dalam forum tersebut seperti di bawah.
Nama Khir Johari digunakan untuk memancing orang Melayu menyokong Dap apabila seorang lelaki yang diumumkan sebagai anak Khir Johari menyertai Dap hujung tahun lalu dan baru beberapa hari lepas dilantik sebagai Setiausaha Politik, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Media-media online dan blogger-blogger sebelah sana kecoh sekalian alam apabila dia dilantik sebagai Setiausaha Politk Lim Guan Eng.
Katanya Lim Guan Eng telah melantik orang Melayu sebagai Setiausaha Politiknya. Bukan main lagi mereka meraikan perlantikan ‘Melayu’ itu.
Satu Malaysia kena tipu dengan Dap. Hakikatnya Zairil bukannya anak Khir Johari dan bukannya orang Melayu.
Zairil adalah anak kepada isteri Khir Johari yang bernama Christine yang dikahwininya pada tahun 1995.
Zairil adalah anak Christine dengan bekas suaminya yang berbangsa Cina sebelum memeluk Islam dan berkahwin dengan Khir Johari.
Zairil adalah anak tiri. Dia sengaja menggunakan nama Khir Johari untuk menumpang popular dan memenuhi hasrat Dap menggunakan taktik itu untuk menarik orang Melayu menyokong mereka.
Inilah penipuan demi penipuan parti paling rasis di negara ini iaitu Dap.  Kalau belum perintah negara Dap sudah berani tipu terang-terang begini bayangkan kalau Dap dapat kuasa….. minta dijauhkan Tuhan…Malaysia diperintah parti laknat seperti ini.
Yeop Ahmad Murshid.
Awekz: Blogger dan pencacai Melayu pakatan rosak amatlah bergembira dengan pengiktirafan anak "MELAYU" ini sehingga tidak nampak bahawa mereka hanya dipermainkan oleh DAP. Persoalannya, sampai bila MELAYU hendak dipermainkan dan dibutakan? Fikir-Fikirkan!!!

Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:19 AM 1 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    AKIBAT INTREGRITI YANG ATOK MUSNAHKAN
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ▼  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ▼  March (14)
      • Poco - Poco Diharamkan Di Perak???
      • Kata - Kata Profesor Ungku Aziz...
      • Benarkah Pengarah SPRM Perak Terima Sogokan Dari P...
      • Sudah-Sudahlah!!!
      • PRU SARAWAK
      • Melayu Oh Melayu...
      • Ada Apa Dengan PEKA???
      • Rakaman Video Lagi???
      • Konvensyen Barisan Nasional Perak 2011
      • MEMOIR TUN MAHATHIR
      • TEKANAN RAYA...Istilah baru ker???
      • Kerdau dan Merlimau
      • PRK KERDAU: USTAZ IBRA FOR ALL!!!
      • DAP tipu seluruh Malaysia???
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ▼  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ▼  March (14)
      • Poco - Poco Diharamkan Di Perak???
      • Kata - Kata Profesor Ungku Aziz...
      • Benarkah Pengarah SPRM Perak Terima Sogokan Dari P...
      • Sudah-Sudahlah!!!
      • PRU SARAWAK
      • Melayu Oh Melayu...
      • Ada Apa Dengan PEKA???
      • Rakaman Video Lagi???
      • Konvensyen Barisan Nasional Perak 2011
      • MEMOIR TUN MAHATHIR
      • TEKANAN RAYA...Istilah baru ker???
      • Kerdau dan Merlimau
      • PRK KERDAU: USTAZ IBRA FOR ALL!!!
      • DAP tipu seluruh Malaysia???
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ►  September (15)
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.