skip to main | skip to sidebar

Awekz Bukit Gantang

People will forget what you said, People will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL! Yesterday is a history, Tommorrow is a mystery, And today is a Gift,

Wednesday, September 30, 2009

Tahniah Tan Sri Isa Samad...

Pengumuman calon telah dibuat...suka atau tidak, kita harus menerimanya...harus difikirkan, dikatakan, pencalonan TS Isa Samad ini merupakan mandat yang diberi oleh keseluruhan ahli-ahli UMNO Cawangan dan masyarakat akar umbi di Bagan Pinang.

Oleh itu, tidak perlu difikirkan lagi apa rasionalnya pencalonan TS Isa Samad, suka atau tidak suka, yang pasti setiap jentera prk di Bagan Pinang ini haruslah bekerjasama beserta dengan kepimpinan yang lain dalam memastikan kemenangan tetap milik BN...Diharapkan, mandat dari kepimpinan dan ahli-ahli UMNO mencerminkan kehendak pengundi-pengundi di Bagan Pinang...

Awekz: Pengundi yang berkuasa, fikir-fikirkanlah dan buat pilihan dengan hati terbuka...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:54 AM 2 comments

Tuesday, September 29, 2009

Ibrahim pengemis politik...

KOTA BHARU 28 Sept. - Pas Kota Bharu menyelar Ahli Parlimen Pasir Mas,
Datuk Ibrahim Ali sebagai pengemis politik yang tidak mengenang budi
parti itu yang menghidupkan semula kerjaya politiknya ketika beliau
'tenggelam' dahulu.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Ibrahim
semakin keterlaluan kerana mengecam dan mendesak Menteri Besar,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meletak jawatan.

Beliau menegaskan, desakan Ibrahim itu satu tindakan biadap kerana
cuba 'menggigit' tangan orang yang telah memberi bantuan kepadanya.

"Ibrahim ini macam pengemis politik, peminta sedekah politik.
Dia sepatutnya sudah hilang terus dalam arena politik ini,
tetapi atas ihsan Pas, dia dapat bertahan.

"Menteri Besar suruh dia berhenti sebab ada asas. Malah, rakyat
pun sudah muak dengan sikapnya. Tak baik kata beliau (Nik Aziz)
tidak boleh memerintah, nyanyuk sebab itu sesuatu yang biadap,"
tegasnya ketika ditemui di sini hari ini.

Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,
Pelancongan dan Kebudayaan negeri diminta mengulas kenyataan
Ibrahim yang mendesak Nik Abdul Aziz supaya meletakkan jawatannya.

Semalam, Ibrahim memberikan 10 sebab kenapa Nik Abdul Aziz perlu
meletakkan jawatan antaranya beliau mendakwa pemimpin tersebut
gagal memerintah negeri ini selama 19 tahun dan sudah terlalu
tua untuk memegang jawatan itu.

Takiyuddin berkata, Pas Kelantan masih menyimpan semua dokumen yang
diberikan Ibrahim pada pilihan raya umum lalu ketika meminta untuk
bertanding atas tiket Pas.

"Kita ada semua surat yang ditulis Ibrahim kepada Pas memohon dengan
rendah diri untuk dia guna logo kita bertanding pada pilihan raya
dahulu. Sebab itulah saya kata dia ini umpama pengemis politik.

"Masalahnya dia bertanding atas tiket Pas. Walaupun hanya untuk
pilihan raya tetapi sebagai pemimpin Melayu dia kena berbudi," ujarnya.

Awekz:Kalau kena kat dieorang, pandai la pulak minta org mengenang budi. Budi UMNO dan BN selama ni, kenapa xpandai nak kenang pulak...cuba komen sikit...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 4:05 PM 2 comments

Monday, September 28, 2009

SEPULUH SEBAB NIK AZIZ PERLU LETAK JAWATAN - IBRAHIM ALI

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali semalam mengemukakan 10 sebab mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

10 sebab dari Ibrahim Ali mengapa Nik Aziz perlu berundur.


1 Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah 'barang lama' manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.

2 Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.

3 Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.

4 Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.

5 Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.

6 Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.

7 Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.

8 Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara.

9 Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.

10 Gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.

Sewaktu dihubungi Utusan Malaysia, Ibrahim menjelaskan tindakan beliau itu tidak bermotifkan dendam peribadi sambil mengakui beliau juga mempunyai kelemahan.

"Walaupun pahit saya kena bercakap sebab orang lain tak berani, saya tahu perkara ini akan menyebabkan saya 'dibelasah' dalam blog tapi saya menerimanya dengan senang hati."

Awekz: Yang baik dijadikan sempadan, yang buruk dijadikan sempadan. Untuk itu, fikir-fikirkanlah!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 7:31 PM 11 comments

Friday, September 25, 2009

Apa tindakan kita?




Bermula di Perak dengan keahlian seramai 53 orang kesemuanya melayu pelbagai peringkat umur di Kampung Ayer Tawar telah menyertai cawangan baru DAP pada januari lepas. Kini, sebuah cawangan DAP melayu dibuka di Lembah Kinrara dalam Parlimen Puchong yang diwakili oleh Teresa Kok...

Kelihatan seperti agak lewat untuk memperkatakannya tapi Awekz tetap rasa terpanggil dengan kewujudannya...huhu...Apa tindakan kita dengan kemunculan cawangan-cawangan DAP Melayu...

Atau kita hanya perlu tunggu dan lihat pada apa yang akan terjadi...Apakah kita masih perlu berdiam diri atau masih cuba menafikan kehadirannya...rasional pemikiran...jika cawangan dapat dibuka, sudah pasti ada pengikutnya...bak kata Anwar Ibrahim, 'Melayu masuk DAP, PR lagi kuat'...

Fikir-fikirkanlah....
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:28 AM 5 comments

Wednesday, September 23, 2009

Back to work!!!

Lepas cuti lama ni...puasa sudah, raya pun sudah...jadi, apa lagi yang perlu kita lakukan...jalankan semula kerja-kerja yang perlu dilakukan...apapun, buat semua...Selamat Bekerja...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 1:08 PM 0 comments

Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran



Awekz ingin mengambil kesempatan yang ada untuk Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin andaikata ada yang tersinggung, terguris hati dengan posting-posting yang Awekz dah buat...Semoga lebaran kali ini membawa seribu pengertian buat kita semua...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:08 AM 1 comments

Monday, September 14, 2009

Tahniah!!!






Sedikit lewat untuk mengucapkan tahniah, tapi pujian seharusnya diberikan kepada semua pihak yang berusaha sekaligus berjaya menggagalkan konvoi ke Pangkor oleh Nizar and the geng seperti yang telah Awekz post kan sebelum ini...

Dengar-dengar, penyertaan dari anak-anak muda Perak sememangnya menggalakkan walaupun jumlah penyertaan yang terpaksa dikurangkan...senario ini seharusnya dilihat secara positif di mana, tidak seperti yang digambarkan oleh puak-puak PR bahawa kita telah kehilangan sokongan dari golongan muda...sokongan perlu kita raih, demi perjuangan yang kita perjuangkan...

Tahniah sekali lagi atas konvoi yang telah diadakan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:21 AM 0 comments

Wednesday, September 9, 2009

Konvoi ke Pulau Pangkor...




Kalau merujuk kat title artikel ni pun sudah tentu sapa yang suka berkonvoi ni, tertarik hati...lebih-lebih lagi, berkonvoi ke Pulau Pangkor...huhu...

Ada la Awekz dengar-dengar dari rakan-rakan PR, yang dioerang ni nak buat konvoi "bubarkan DUN"...Tarikh yang dijanjikan pada 12/9/09...Destinasi menuju ke Pulau Pangkor...Seronok gak kalau boleh join ni...

Ada sape-sape yang boleh bagitau Awekz tak, macam mana nak join eh...

Awekz: Entah-entah lagi teruk kena bantai, yela Awekz nak ikut konvoi geng2 PR lak...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:01 AM 10 comments

Sunday, September 6, 2009

Kemuncaknya!!!

Ceramah ke 4!

Pd 5 Sept juga jam 11.30 malam bertempat di Surau Nurul Huda , Bt 5 kampung tersusun Tambun. Program Pidato Ramadan oleh ANWAR. Kehadiran waktu ni lebih kurang 300 org! i

Anwar baru sampai di bt 5, tambun. Kehadiran 500 orang. Sampai melimpah diluar surau, turut hadir zulkifli ibrahim, mustafa kamil ayub-ajk pkr pusat!

Ucapn mustafa mansor - ngo ikatan rakyat.

Mengingat kan kembali kisah takbai, tayang video, mengutuk oic yang tidak dapat membantu umat islam, keganasan terhadap umat islam saluruh dunia, video keganasan dikashmir, mereka yang melakukan keganasan takkan terlepas bala dari allah, polis yg melakukan keganasan terhadap orang awam!

Ucpn mustafa kamil ayub
Alquran mengajar kita supaya membaca dan membezakan yang mana baik dan yang tidak baik, tidak mudah di tipu oleh media kerajaan, antara rujukan utama oleh angkasawan nasa adalah alquran, org bukan islam mengagumi alquran dan percaya islam tak dapat dijajah selagi ada alquran, umat melayu sebelum islam percaya ketahyulan, islam datang bawa keadilan, kini ramai sudah lalai!

Ucapan Anwar!
Penghayatan ramadhan perlu bagi memilih haq dan batil, menilai mutu penghayatan setiap kali ramadhan, keberkatan masjid bukan kerana kecantikan tapi penghayatan, hebat islam kerana keadilan, kerahmatan.

Menjadi alat untuk membela keadilan, dasar DEB dan AP tidak menguntungkan melayu, menteri ambil 400 juta di sebut komisen, teoh beng hock saksi rasuah berpuluh ribu didera sampai mati, isu beri tanah kepada org cina oleh nizar, memang betul di beri kepada cina miskin bukan seperti umno yang bagi bukit kepada tauke judi, vincent tan-bukit tinggi, lim goh tong-genting highland, menceritakn secara ringkas tentang prk permatang pasir, mengulas malcolm x yang memeluk islam selepas penghayatan islam, berharap memenangi prk akan datang, hanya berserah kepada Allah!

Awekz: Kepada semua Melayu yang merasakan dirinya Melayu...apa peranan kita untuk perjuangan bangsa...fikir-fikirkan!!!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:53 PM 3 comments

Dan Lagi!!!

Ceramah ke 3

5 SEPT 09,JAM 7.00 petang, di DEWAN TOW BO KEONG,CERAMAH POLITIK PKR GOPENG..
Ucapan Anwar
1.Terima kasih Dato Dr Yap Yip fong - bekas pemimpin mca bersama rakan-rakan menyertai PKR.
2.BN boleh guna kuasa, media, polis tapi tak mampu menyekat kemahuan rakyat yang mahu keadilan .
3.Isu Teoh Beng Hock, isu bawa kepala lembu oleh kumpulan melayu di Selangor.
4.TPM dakwa beliau pengkhianat bangsa, dakwa umno rosak bahasa melayu, cina di malaysia.
5.islam tak bermakna jika tiada keamanan.
6.ekonomi negara tiada daya saing.
7.Seru semua kaum beri peneragan tentang agenda Pkr kepada semua rakyat.
8.Isu PKFZ,kematian Teoh B.Hock.
9.Dakwa wujud rasuah dalam Pembelian kapal selam.
10.Dakwa Najib nak rampas Selangor.
Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:52 PM 0 comments

Lagi Petikan Ucapan di Ceramah PR...

Ceramah Ke 2!

5/8/09 jam 7.20pm - SURAU IKHLASIAH,JLN PEMIMPIN,KG MANJOI,IPOH. PAS TAMBUN ANJUR MAJLIS MALAM BADAR ALKUBRO. KEHADIRAN SEKITAR 200 ORG LELAKI DAN 50 WANITA. TOKOH YG HADIR HADI AWANG-PRESIDEN PAS,AHMAD AWANG-PESURUHJAYA PAS PERAK, SALAHUDIN NASATION - AJK PKR PUSAT. AGENDA MAJLIS, BERBUKA PUASA, SEMBAHYANG MAGHRIB, SEMBAHYANG SUNAT H1N1, TAZKIRAH. SEDANG BERLANGSUNG DI IMAMKAN OLEH HADI AWANG. AGENDA SETERUSNYA, SEMBAHYANG ISHYAK, TERAWIH DAN CERAMAH.

Penceramah memberi maklumat bahawa pada 12 sept 09 pas perak anjur konvoi motorsikal bubar dun ke pulau pangkor .

Ucapan Nizar:
1.Tujuan berkumpul malam ini mengingati peristiwa perang badar yang menyebabkan islam tersebar luas berlaku pada bulan ramadhan dan menggesa rakyat buat perubahan
2.sebanyak 8 prk diadakan tanpa kemenangan berpihak kepada umno, yang terbaru dipermatang pasir yang catat kemenangan yang besar.
3.Di tow boon keong 4o ahli mca prk serah borang keahlian kpd anwar
4.isu kematian tbh dan sprm menyebabkan rakyat khususnya cina smakin benci kpd umno
5.tbh sebenarnya telah dibunuh dan beliau pegang lilin sebagai hormati kematian tersebut sahaja tetapi telah disensasikan umno dan dapat tentangan dari mufti!
6.isu ini juga telah dapat perhatian dari ppumno dan puteri yang kesal kerana pm juga tiup lilin dan nyala lampu di bt caves
7.jika pegang lilin haram tapi apakah dgn rampasan kuasa di Perak? Isteri PM yg tak tutup aurat tidak dikatakan haram.
8.Isu bawa kepala lembu diselangor dilakukan umno tanpa penglibatan pas kerana pas menghormati agama lain.
9.isu penyerahan surat speaker kpd 3 adun telah dinafikan oleh spr dan sama digunakan di kedah
10.krisis perlembagaan perak telah berlarutan dan hanya boleh selesai dengan dun dibubarkan.
11. Beberapa orang timbalan menteri umno dan tengku razali setuju dun dibubarkan
12.sidang dun pada 2 sept 09 perlu diadakan kerana cukup tempoh dan kesal umno pakai t-shirt kuning dan bawa banner dibenarkan dekat dengan bangunan suk. adun pr telah dihalang! Dato ganeson akan buat mesyuarat jawatankuasa hak dan kebebasan utk tangkap beliau. Pada 15 nov o9 perbicaraan rayuan beliau dalam jawatan mb.

UCPAN DATO SERI ABD HADI AWANG-PRESDEN PAS. SEJARAH PERANG BADAR,KUTUK MANA2 PIHAK YG TUDUH ISLAM PENGGANAS,SEJARAH PEJUANGAN RASUL DAN PARA SAHABAT MNEGAKKAN ISLAM,LEBIH MENCRITAKAN PEJUANGAN ISLAM SEMASA D ZAMAN NABI DAN MEMBEZAKAN DGN PEJUANGAN ISLAM PD HARI INI.

Ucapan abd hadi awang.
1.majlis bagi memperingati perang badar yang membawa kegemilangan islam
2.peperangan dibenarkan dalam islam untuk tegakkan kebenaran sehingga alquran kini dijadikan rujukan manusia walaupun bukan islam
3.islam mengajar umat erti kesabaran di mana tentera islam seramai 313 org telah berjaya tewas tentera abu jahal seramai 1 ribu orang dalam perang itu pada keseluruhannya ucapan hadi awang menceritakan kisah perang badar di mana Allah s.w.t akan redha dan akan bantu kepada umat ìslam yg berjuang untuk tegakkan ìslam di zaman ini.
6.alquran bukan ciptaan pas sebaliknya datangnya dari Allah dan meminta pemimpin umno kembali semula dengan alquran dan sunah. Pas meletakkan quran dan hadis sebagai rujukan dan jika pas salah, pas sedia akui, kerjasama pas dlm parti pr ada batasan dan berpegang pada dosa dan pahala tapi umno kerjasama dengan mca dan mic tanpa ada halangan, beliau mengggesa ahli pas berjuang utk islam. Ceramah tamat jam 12.15 pagi
Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:50 PM 0 comments

Petikan Ucapan Ceramah Pakatan Rakyat di Ipoh!!!

CERAMAH Politik Anjuran PKR GOPENG di Tow Boo Keong.

Banner 10 kaki x 3 kaki bertajuk masa hadapan untuk malaysia dengan gambar 5 penceramah- Lee boon chye, sivarasa, tian chua, chang ming kai dan anwar dalam 2 bahasa cina dan melayu digantung di dinding pentas. Hadir setakat ni 800 org. Majlis belum bermula.

Yap yit thong mengatakan "saya masuk PKR kerana Mahathir tipu mengenai mata luka Anwar dan ucapan Lim guan eng sebelum di penjarakan kerana kes rogol seorg MB. 3 haribulan Mac 08 telah bangkit sistem dua parti dan kami tidak akan benar BN hancur impian itu.

Chan meng kai pula mengatakan sidang DUN 2/9/08 adalah sah kerana kami masih kerajaan negeri, kutuk mereka yg lompat, krisis mca menunjukkan kepecahan dlm parti kerana rebutan kuasa dan kekayaan, demonstrasi kepala lembu kerajaan Umno tidak ambil tindakan, dlm keadaan seperti ini adakah hairan okt di tolak dari tingkat 14, umno takut dgn Pkr kerana Pkr boleh tolak pemerintahan BN

Sivarasa kata "kes liwat anwar bukan kes jenayah tetapi kes politik dan konspirasi, kes itu dibawa kerana tsunami 308 dimana umno tertekan dan hanya dengan jatuhkan anwar akan menjejas kedudukan pr dan pkr, penulis skrip umno tak ada idea baru seperti pembunuhan wanita mongolia/istana 24 juta/500 juta komisyen membeli submarine dan terpaksa guna taktik 10 tahun lepas, Najib memberi 3 cerita mengenai mangsa anwar dengan alasan mangsa jumpa dgn beliau untuk biasiswa dan last baru mengaku adalah sebab liwat, laporan doktor swasta dan doktor GH KL kata tak ada kesan liwat tetapi kini pendakwaraya pakai dna yg di fixed, AG Ghani Pattail buat kenyataan palsu bahawa anwar tumbuk sendiri dlm kes black eye anwar, kita mahu satu malaysia yang bebas, boleh bersuara, tak ada kes teoh beng hock atau kugan, rasuah, insiden kepala lembu macam mafia yg pakai baju umno

Tian chua pulak kata "Umno soal mca pecat timbalan tetapi masa anwar di pecat! komponen bn tidak di benarkan soal, selepas 50 tahun bagi, 50 tahun akan datang adalah tanggungjawab kita untuk membina satu masa hadapan bagi generasi baru, mahkamah kata teoh beng hock bunuh diri/dsai liwat/kerajaan perak tiada masalah tetapi kebenaran di tentukan rakyat, pkr tidak main politik macam bn dimana masalah cina ditolak kpd mca/india ditolak kpd mic tetapi pkr akan bersama untuk selesai masalah semua bangsa, teoh beng hock kalau tidak masuk pr mungkin masih hidup tetapi dia pilih untuk berkorban menentang sistem yg zalim

Lee boon chye - 10 tahun lepas Pkr telah di tubuhkan dgn sokongan ramai profesional menyertai kerana konsep multiracial nya. Kini pas dan dap pun boleh kerjasama. Ada yg di tahan bawah isa tanpa sebab. Hari ini akan saksikan 400-600 masuk jadi ahli Pkr, mca sudah tak relevan kerana dalam bn umno menguasai semua, malaysia adalah kepunyaan semua rakyat dan bukan umno sahaja, pru akan datang kalau umno di benarkan terus memerintah akan nampak 13 istana Toyo disetiap negeri dan 14 kes teoh beng hock, jenayah akan meningkat kerana polis hanya akan terus bertindak keatas pr, anwar jadi pm tak akan wujud isu perkauman/ agama/rasuah dan polis akan concentrate on fighting crime, apa yg kita lakukan hari bukan utk pkr atau anwar tetapi untuk generasi baru

David Yeoh - semasa saya jadi senator dulu, kita di cuci otak bahawa anwar mahu jadi pm dan akan jual malaysia kpd USA, umno yg pecah perpaduan antara kaum, mahkamah tidak lagi membela hak yg tak bersalah, solvent fund malaysia hanya Usd 22 billion walaupun ada minyak dan kelapa sawit, anwar yang mahu hapuskan malaysian plan dan mahu bagi chin peng balik

Chua jui meng - saya rasa bebas selepas masuk pkr seperti rakyat perak yg undi pr, rakyat tak pamer jalur gemilang semasa merdeka kerana mereka fedup dgn bn, pr perak selepas Mb ialah exco kanan cina, di p.pinang mb cina di ikuti tim c.m melayu dan india dan di selangor mb di ikuti cina dan india, dua party sistem di japan selepas 54 tahun pembangkang ambil alih kuasa, mengutuk macc atas kematian teoh beng hock, ramai cina/india dan melayu migrated kerana dacing tak balance/ bukan mereka tak suka malaysia tapi kerajaan bn tak suka mereka, umno guna ketuanan melayu dan hanya wan azizah menentang dgn kenyataan rakyat mahu ketuanan rakyat!

"Bahaya bila semua pemimpin cina dan india senang lenang membelasah umno, di depan org cina,india dan melayu songsang,kenapa mereka tidak membelasah mca,gerakan atau mic,membelasah umno maknanya membelasah org melayu,ini penghinaan kpd bangsa melayu,mereka betul2 kurang ajar menuduh org melayu adalah satu bangsa yg jahat dan zalim"

Awekz: Fikir-fikirkanlah!
Posted by Awekz Bukit Gantang at 2:47 PM 0 comments

Thursday, September 3, 2009

Aktor terkini: Keshvinder The Dap Member!!!






Awekz dengar-dengar dari: The Star - 10.13am: Malim Nawar assemblyman Keshvinder
Singh is arrested. Mohd Nizar tells
state representatives to disperse.

: Wartawan Cina, Andrew Ong, dari Malysiakini - Manhandled MP: It was like TV
wrestling, but for real


Perak MP, Keshvinder Singh, who was
in a fracas at the state assembly
says he now understands what police
brutality is about... first hand.


"I read in the papers about the
police manhandling people but I
still asked myself if these people
are really that cruel. Since the
incident yesterday, I believe it all
now and have low respect for the
police," Keshvinder told Malaysiakini



:Blog Pemuda PAS Besut - Pihak polis menggunakan kekerasan semasa menahan
Keshvinder. Beliau ditolak sehingga jatuh ke tanah dan
menyebabkan kepalanya bengkak & pengsan. Ambulan membawa
beliau ke hospital.

Awekz: Ish...Ish...Ish...kalau korang-korang ni tak buta la, atau Awekz yang xnampak...agaknye, die pengsan lepas gambar ni diambil or sebelum eh...hmm...sapa nak jawab...lepas die gi hospital, mesti kepala die kene balut semua kan...ye la, nak bagi real lagi lakonan...fikir-fikirkanlah...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:48 PM 1 comments

DRAMA : Perhimpunan Haram oleh Pakatan Haram!!!




Tak cukup drama pertama yang dihasilkan, semalam sekali lagi geng-geng pakatan haram ni berjaya menghasilkan drama yang kononnya boleh menarik perhatian orang ramai...yang bodoh macam dieorang boleh la percaya...

Lebih membanggakan, kali ini persidangan berlangsung di hotel, dan bukan lagi di bawah pokok seperti drama yang lalu.Mungkin kerana keyakinan yang tinggi di atas sokongan peminat-peminat mereka, menjadikan mereka lebih ganazzzz untuk berkuasa semula...LOL...memang gila kuasa...


Walau pun menyedari tindakan itu jelas membelakangi undang-undang selain tidak mendapat perkenan daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, tetapi akibat kegilaan yang menggila, perjuangan mereka tetap diteruskan...nak tergelak pun ada, apa la yang dieorang ni perjuangkan...rakyat ke atau dieorang ni sendiri...

Awekz: Lagi bagus kalau masa yang korang buang ni, korang jalankan tanggungjawab yang perlu...sebabnya, sejauh and sekuat mana korang melalak, undi tetap pada rakyat...so, jagala kebajikan rakyat...fikir-fikirkan...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 11:12 PM 0 comments

Tuesday, September 1, 2009

Perhimpunan membantah sidang DUN anjuran Pembangkang

Tindakan pembangkang mahu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri pada 2 Sep 09 ini disifatkan sbg tidak menghormati undang-undang dan mempedulikan kedudukan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Wahai sahabat-sahabat, maka esok (2 Sep 09), satu perhimpunan untuk membantah sidang DUN anjuran Pembangkang akan diadakan di bawah pokok di pintu belakang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Marilah sama-sama kita bersatu padu dan menyatakan sokongan kita kepada kerajaan pimpinan Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir dengan membantah sidang DUN haram mereka ini. Harapan agar sekurang-kurangnya 500 orang dapat dikumpulkan esok, Insyallah.

Maklumat Lengkap :

Tajuk : Perhimpunan membantah sidang DUN anjuran pembangkang!
Hari : Rabu
Tarikh : 2 September 2009
Tempat : Di bawah pokok ( belakang pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak )

Sila sebarkan pada kenalan warga PERAK anda.
Terima Kasih.

Awekz: Jom pakat ramai-ramai gi sana, biar diorang takut sikit...
Posted by Awekz Bukit Gantang at 9:59 PM 6 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Perak Cyber Troopers

Perak Cyber Troopers

Rakan-Rakan Awekz

  • sekupangdua
    AKIBAT INTREGRITI YANG ATOK MUSNAHKAN
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
  • BICARA PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
  • Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia
    Cara Cas HP VIVO Dengan Cepat Agar Baterai Langsung Penuh
  • MMI
    Ini Cerita Kita
  • دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو
    [Video] Ketua Melaka halau penarik beca sebab nak lalu jalan yang sama
  • Budak Sri Kinta
    RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!
  • ANGKATAN PEMIKIR
    TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!
  • Double Y
    14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
  • Kinta Menjerit
    Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
  • Setitis Maruah Yang Diperjuangkan
    TUTUP KISAH PRN SARAWAK… BERSEDIA UNTUK 2 PRK…
  • KAMUNTING CENTRAL
    Download | Easy Surfing Fitness
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
  • MINAH BRUTAL
    SULTAN PERAK DIHINA!!!!
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
  • ~ANAK JATI MALAYA~
    ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????
  • Taiping Central Blog Harapan Melayu
    GEMPAR #GE13 : Video Nurul Izzah Dan Dua Orang Lelaki Tersebar!

Follow la Awekz

Follow this blog

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ▼  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ▼  September (15)
      • Tahniah Tan Sri Isa Samad...
      • Ibrahim pengemis politik...
      • SEPULUH SEBAB NIK AZIZ PERLU LETAK JAWATAN - IBRAH...
      • Apa tindakan kita?
      • Back to work!!!
      • Salam Lebaran
      • Tahniah!!!
      • Konvoi ke Pulau Pangkor...
      • Kemuncaknya!!!
      • Dan Lagi!!!
      • Lagi Petikan Ucapan di Ceramah PR...
      • Petikan Ucapan Ceramah Pakatan Rakyat di Ipoh!!!
      • Aktor terkini: Keshvinder The Dap Member!!!
      • DRAMA : Perhimpunan Haram oleh Pakatan Haram!!!
      • Perhimpunan membantah sidang DUN anjuran Pembangkang
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Followers

Blog Archive

  • ►  2013 (15)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (47)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (57)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (13)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ▼  2009 (265)
    • ►  December (6)
    • ►  November (20)
    • ►  October (15)
    • ▼  September (15)
      • Tahniah Tan Sri Isa Samad...
      • Ibrahim pengemis politik...
      • SEPULUH SEBAB NIK AZIZ PERLU LETAK JAWATAN - IBRAH...
      • Apa tindakan kita?
      • Back to work!!!
      • Salam Lebaran
      • Tahniah!!!
      • Konvoi ke Pulau Pangkor...
      • Kemuncaknya!!!
      • Dan Lagi!!!
      • Lagi Petikan Ucapan di Ceramah PR...
      • Petikan Ucapan Ceramah Pakatan Rakyat di Ipoh!!!
      • Aktor terkini: Keshvinder The Dap Member!!!
      • DRAMA : Perhimpunan Haram oleh Pakatan Haram!!!
      • Perhimpunan membantah sidang DUN anjuran Pembangkang
    • ►  August (23)
    • ►  July (18)
    • ►  June (20)
    • ►  May (26)
    • ►  April (38)
    • ►  March (84)

Awekz Di Sini...

About Me

My photo
Awekz Bukit Gantang
View my complete profile
 
Copyright © Awekz Bukit Gantang. All rights reserved.